Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Thursday, February 26, 2009

::: PERMULAAN YANG INDAH :::


Salam Pembuka Bicara.....

Kebetulan telah menulis dalam blog ni,ada baiknya kita berkenalan dengan Pengerusi Biro Agama untuk tahun 2009. Pengerusinya diberi nama Mohd Adam bin Nawawi. Pada tahun lepas Adam merupakan salah seorang ahli majlis tertinggi dalam biro ni. Sementara Timbalan Pengerusi bagi Biro Agama pada tahun ini ialah Mohd Shafiq bin Manaf.

Bak kata orang,Tak kenal maka tak cinta,maka jom sama2 kita berkenalan dengan Biro Agama yang best ini~...Pertamanya,Biro Agama ini merupakan salah satu biro yang berada dalam naungan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP).Tujuan penubuhan Biro Agama ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mewujudkan suasana Biah Solehah dalam IPGM kampus Tengku Ampuan Afzan seterusnya dapat membolehkan setiap guru pelatih merasai keindahan warna-warni keindahan Islam.Di dalam Biro Agama terdapat 8 lajnah iaitu Lajnah Surau dan Ibadah, Lajnah Dakwah dan Penerangan, Lajnah Teknikal dan Multimedia, Lajnah HELWI (Hal Ehwal Wanita), Lajnah Ceramah dan Ilmiah, Lajnah Kebajikan dan Makanan, Lajnah Penerbitan dan Siaraya dan Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan.

Baru2 ini,Biro Agama JPP dengan kerjasama HELWI ada membuat program bersempena apa yang telah berlaku di Gaza.. tajuk program ni ialah 'Tayangan AIR MATA GAZA'. Program ini mendapat sambutan yang baik dari guru pelatih yang datang. Ada yang sampai nak copy tayangan yang dipersembahkan.. Diharapkan agar semua guru-guru terus bersemangat dalam memperjuangkan hak muslimin tidak kiralah dari segi apa pun.. DERMA, BOIKOT, DOA dan pelbagai cara lain lagi..Jika bukan kita siapa lagi, jika bukan dekat sini, dekat mana lagi kita nak berjuang, dan kalau bukan sekarang, sampai bila lagi kita nak tunggu untuk lakukan amanah kita sebagai hamba Allah...

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates