Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Thursday, March 19, 2009

::TRANSFORMASI ALAMAT DAN WAJAH BARU !!!

Untuk pengetahuan pengunjung yang dihormati, alhamdulillah, akhirnya blog ini telah mengalami satu transformasi perubahan dari segi alamat dan wajah.Alamat pada blog ini diubah kerana sebelum ini,ramai yang mengadu bahawa alamat lama blog ini iaitu http://afzanlajnatuddin.blogspot.com ini terlalu panjang dan sukar untuk diingati.
Maka,untuk mengatasi masalah ini,kami telah mengambil jalan untuk mengubah alamat blog ini kepada http://biagaafzan.blogspot.com .Pada entry ini juga,sahabat2 sekalian akan dapat melihat kronologi perubahan imej dan wajah blog ini dari awal pembinaan blog ini hingga sekarang..



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
:: KRONOLOGI PERUBAHAN IMEJ BLOG ::

Wajah 1-Permulaan Blog ini Diwujudkan

Komen yang saya dapat bagi wajah 1 ini ialah blog ini kelihatan kusam kerana warna utama pada blog ini ialah warna kelabu.Selain itu,gambar pada header blog ini tidak sesuai dengan background blog ini dan blog ini dikatakan tampak kosong.


Wajah 2-Imej Blog Mula Diubah

Perubahan yang berlaku pada blog ini ialah Column bagi blog ini ditambah dari 2 column kepada 3 column.Ia ditambah bagi menjadikan blog ini kelihatan kemas dan sistematik.Selain itu,template dan background blog ini turut diubah bagi menyerikan lagi imej blog ini.

Walaupun imej ini bertambah elegen tetapi terdapat beberapa kelemahan iaitu, hiasan background bagi blog ini telah menutupi beberapa butiran penting dalam blog ini dan menyebabkan butiran penting itu tidak dapat dilihat dengan jelas.Selain itu,disebabkan warna hitam memenuhi seluruh halaman blog ini,maka ia seolah2 tidak menampakkan perbezaan boader bagi setiap column.Kesimpulannya ia kelihatan sedikit serabut.


Wajah Terkini- Imej Terakhir Blog ini.

Inilah final touch bagi imej blog ini.Setelah bersusah payah mencari background yang sesuai,alhamdulillah akhirnya kami dapat juga mencari background yang bersesuaian dengan blog ini.Background terakhir ini menampakkan warna yang ceria iaitu gabungan warna coklat dan kuning serta corak yang simple.Hasil gabungan warna yang ceria dan corak yang simple menyebabkan ia kelihatan elegen dan tersusun kemas.

Selain itu,gambar pada header blog ini,menyerikan lagi seri penampilan imej blog ini walaupun pada awalnya kami menghadapi kesukaran untuk memasukkan gambar tersebut dalam ruangan header.Moga2 dengan adanya imej baru blog yang menarik ini, lebih ramai yang tertarik untuk menziarahi blog ini seterusnya akan tertarik dengan keindahan warna-warni yang yang terdapat di dalam Islam.InsyaAllah~

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates