Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Tuesday, March 17, 2009

JoM JoiN SmArT GrOuP !!!


Salam alaik~Apa Khabar iman sahabat2 sekalian…Moga2 iman kita semua sentiasa sihat walafiat dan sentiasa ter’charge’ seperti mana ter‘charge’nya handphone kita yang berjenama Nokia(Jom Cuba Boikot),Sony Ericsson,Samsung dan lain2.

Mungkin sahabat2 tertanya2, kenapa iman kita perlu sentiasa di‘charge’?Jawapannya ialah kerana moga2 dengan iman yang telah di‘charge’, itu dapat mencetus MAHU untuk mengerjakan segala tugas yang kita galas sebagai seorang hamba seterusnya kearah MAMPU mencapai keredhaan Sang Pencipta yang Maha Berkuasa…Amin,InsyaAllah.

Baiklah,untuk entry kali ini,saya suka untuk sama2 kita flashback semula program yang baru sahaja diadakan iaitu Tayangan Air Mata Gaza.Alhamdulillah saya ucapkan kerana ia berjalan seperti mana yang dirancang dan dalam soal keberkesanan program ini,jika saya diberi peluang untuk memberi rate pada program ini,saya berani meletakkan 4 bintang daripada 5 bintang kerana ramai yang memberikan respon positif setelah melihat video yang ditayangkan dan yang lebih mengejutkan ada yang bersedia menginfakkan dirinya untuk berjihad di Palestin selepas melihat betapa sengsaranya umat2 islam di seluruh dunia ditindas oleh kaum kuffar,Fuhh..Hebat2~

Kalau kita sama2 imbau kembali video yang kita tonton semasa di Tayangan Air Mata Gaza itu,kita dapat lihat bagaimana kronologi kejatuhan kerajaan Islam di seluruh dunia dimana pada awalnya,pengaruh Islam sangat2 kuat,nak dikatakan punya hebatnya pengaruh Islam di serantau dunia ini,Islam telah menakluk 2/3 daripada seluruh dunia lalu mentadbirnya dengan penuh aman dan sentosa..Fuhh,Hebat2~…Tapi malangnya ia tidak berkekalan seperti yang kita jangkakan..Benarlah kata pepatah melayu yang berbunyi Ku sangka cuaca panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari’



Rupa-rupanya dalam diam Kerajaan Barat (Amerika, Perancis,Belanda) merancang satu strategi seterusnya menakluk sedikit demi sedikit kerajaan Islam..dan klimaks runtuhnya kerajaan Islam(Khilafah) berlaku di Turki dimana Pusat kerajaan Islam(Khilafah) itu telah ditukarkan kepada kerajaan sekular setelah didalangi oleh Mustafa Kamal Antartuk.Maka dari titik kejatuhan itu,terkuburlah satu empayar kerajaan Islam yang bernama Khilafah.

Sahabat2 sekalian,tahukah kalian kenapa umat Islam begitu lemah sehingga negara2 Islam mudah dijajah dan ditakluk oleh golongan kuffar?Jawapannya mudah sahaja..Mari kita cari jawapannya dalam satu hadis yang berbunyi:

Rasulullah bersabda; Hampir tiba suatu masa di mana bangsa2 dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang2 yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”.Maka salah seorang sahabat bertanya,“Apakah ia berlaku kerana bilangan kami yang sedikit pada ketika itu?”.Rasulullah menjawab,“Bahkan pada ketika itu,bilangan kamu begitu ramai sekali,tetapi Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh2 kalian kamu dan Allah akan mencampakan ke dalam hati kamu penyakit ‘Wahan’. Seorang sahabat bertanya:“Apakah ‘Wahan’ itu ya Rasulullah?Nabi menjawab:“CINTA PADA DUNIA DAN TAKUT ATAS MATI”.

So sudah jelas lagi bersuluh,punca umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan penyakit ‘Wahan’ dan kelalaiannya.Sehingga kini pun,penyakit berbahaya itu masih lagi merebak ke hati2 makhluk yang bernama manusia.~Eii..Takutnya!!~…X percaya?Jom kita sama2 tengok bagaimana masyarakat zaman sekarang sangat2 leka dan lena diulit dengan hiburan yangmelampau..


Cuba kita kira berapa banyak program realiti tv yang ada kat Malaysia ini?Fuhh..memang cukup2 banyak…Sebut sahaja Akademi Fantasia,Malaysia Idol,Tom-tom Bak,My Starz ,pastinya waima kanak2 berumur 4 tahun pun boleh sebut pada hari apa,di tv apa dan pada pukul berapa program realiti tv itu ditayangkan dengan begitu tepat ..Ishh 3x~

Sahabat2 sekalian,Dalam situasi dia atas,nampak sangat kita semua telah termasuk dalam perangkap musuh2 islam yang bernama yahudi dan nasrani tanpa kita sedari .Mereka sudah lama memusuhi kita dan mereka tidak akan redha sehingga kita ini ikut telunjuk mereka..Hal ini dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 120 iaitu Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka........”(2:120) dan ketahuilah sahabat2 sekalian,mereka telah menyerang kita dengan cara peperangan yang paling bahaya iaitu Perang Pemikiran dengan formula 5 S iaitu Song,Smoke,Sport,Screen dan Sex...~Ishh3x..Bahaya2~

Di sini terdapat beberapa persoalan yang saya nak sahabat2 renungkan dan fikirkan iaitu...Dimanakah kita ketika Anak2 Palestin meraung meratapi kematian keluarganya?Sensitifkah kita apabila mendengar tentang kisah kejatuhan empayar Islam yang bernama Khilafah?Terjebakkah kita dalam dunia hiburan yang mempesonakan dan melalaikan?Kalahlah kita dalam perang yang dilancarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani?



Susah kan soalan diatas?So untuk membantu sahabat2 merungkai jawapan bagi soalan diatas,Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan,Biro Agama telah membentuk satu Islamic group discussion yang diberi nama “SMART GROUP” dimana didalam “SMART GROUP ini,ia akan membincangkan tentang pelbagai persoalan yang terbit dari diri sahabat2 dan isu semasa sekeliling.


Di sini lah medan sahabat2 sekalian untuk mencari jawapan bagi persoalan Erti Hidup yang sering dicari2 oleh semua makhluk yang bernama Manusia..Jangan risau,”SMART GROUP”ada banyak aktiviti lain selain perbincangan.Jadi Apa Lagi sahabat2 sekalian,cepatlah daftarkan diri untuk menyertai SMART GROUP yang best ini!!Wassalam~

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates