Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Sunday, July 12, 2009

Liqa' Nuqaba' yang Bermakna

Alhamdulillah,pada 9 Julai yang lalu,Satu Liqa' Nuqaba' telah diadakan di Surau As-Syafie selepas Isyak.Liqa' ini telah disertai oleh seramai 20 orang Naqib dan 50 orang Naqibah yang lama dan baru dilantik.

Tujuan Liqa' ini diadakan ialah untuk mendengar pengisian dan taujihat daripada seorang ustaz Pensyarah JAPIM yang sangat luas pengalamannya dalam bidang dakwah iaitu Ustaz Wan Azlan.Dalam Liqa' ini,Ustaz Wan Azlan banyak menekankan tentang matlamat "Kenapa kita perlu menjadi seorang Daie atau Naqib/Naqibah".Selain itu,banyak tips-tips usrah ideal dan strategi dakwah yang dikongsi bersama


Antara isi pengisian yang menarik ialah ketika Ustaz Wan Azlan menerangkan tentang satu ayat Al-Quran berserta ibrahnya iaitu pada Surah Al-Nahl ayat ke 125:

125. Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan HIKMAH KEBIJAKSANAAN dan NASIHAT YANG BAIK, dan BERBAHASLAH dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik.

Dalam ayat ini,ia secara tidak langsung telah menerangkan kepada kita 3 jenis golongan mad'u dan cara untuk menyerunya:

Golongan 1-Orang yang tahu kebenaran dan dia bersedia untuk mengikuti kebenaran.Golongan inilah yang dikatakan sebagai golongan HIKMAH.

Golongan 2-Orang yang tahu kebenaran tetapi dia tidak bersedia untuk mengikuti kebenaran.Golongan ini memang ramai dikalangan kita.Sebagai contoh,ramai orang tahu betapa pentingnya dan besarnya pahala jika melakukan solat fardu berjemaah tetapi hanya sedikit sahaja yang mengamalkan.Golongan ini perlu sering diberikan NASIHAT YANG BAIK agar dia tidak terleka dengan kehidupan dunia ini.

Golongan 3-Orang yang menentang kebenaran dan dia tidak bersedia untuk mengikuti kebenaran.Punca utama golongan ini menentang kebenaran ialah kerana dia tidak tahu dan tidak faham tentang kebenaran itu.Sebagai contoh,ada golongan yang benci dengan Skuad Pencegah Maksiat kerana bagi mereka,Skuad Pencegah Maksiat ini telah mengganggu privasi mereka.Cara untuk menyeru golongan ini ialah dengan BERBAHAS DENGAN BAIK dengan golongan ini tentang erti kebenaran.



Pada hujung pengisian,Ustaz Wan Azlan telah membuka sesi soal jawab bagi sebarang masalah yang dihadapi oleh Naqib dan Naqibah sepanjang mengendalikan Usrah.Antara soalan yang sempat ditanya ialah:

1.Bagaimana cara untuk menghadapi mad’u yang kurang memberi komitmen dalam Usrah?

2.Bagaimana cara berdepan dengan mad’u yang menjadi baik secara tiba-tiba jika kita berada disisinya tetapi bila dia bersikap sebaliknya jika kita tiada di sisinya?Adakah ia baik untuk jangka masa panjang dalam mengubh peribadinya?

3.Bagaimana cara untuk menghadapi satu keadaan yang iman kita lemah dan tidak bersemangat untuk membuat Usrah?

Dan pelbagai lagi persoalan yang dapat dikongsi bersama dalam Liqo’ ini.Inilah yang dikatakan manisnya Ukhuwah dalam ber’Usrah’ kerana segala masalah kita dapat dikongsi bersama.Benarlah satu kata-kata yang berbunyi ‘Sharing is Caring’ kerana Usrah sememangnya indah jika ia bersifat satu perkongsian..Wassalam~

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates