Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Friday, September 11, 2009

Malam Istimewa yang Ku Tunggu2....


Salam alaik sahabat2 semua...Sedar atau tidak sedar kita telah memasuki ke zon akhir dalam bulan pentarbiyahan iaitu suatu bulan yang Allah memberikan banyak ganjaran dan bonus kepada hamba2nya untuk beribadat..satu bulan yang mana Allah mengikat semua syaitan2 dari menggoda manusia...bulan yang mana Allah membuka semua pintu2 syurganya seluas-luasnya...Subnahanallah,hebatnya bulan ini.

Tetapi apakan daya,bulan yang hebat ini telah sampai ke penghujungnya...kalau nak dikira-kira tidak sampai 10 hari pun,kita akan meninggalkan bulan ramadan...Tapi yang peliknya, ramai manusia yang apabila ramadan semakin menghujung,dia semakin gembira bukannya sedih..Semua ini gara2 kerana tidak sabar untuk menyambut hari raya...Buktinya semakin ramadan menghujung,semakin sepi Solat Terawih di masjid2 atau surau2...Pelik..tapi itulah kebenarannya...jelik...tapi itulah yang dilakukan oleh manusia..alahai~

Dan di 10 malam terakhir inilah,Allah telah turunkan satu malam yang sangat istimewa..satu malam yang sangat ditunggu-tunggu,dinanti-nanti dan dicari-cari oleh semua orang yang beriman iaitu satu malam yang diberi nama LAILATULQADR.

Istimewanya malam ini ialah kerana ganjaran pada malam ini lebih baik dari 1000 bulan...Kalau kita tekan kalkulator...

1000 BULAN =83 TAHUN dan 4 BULAN !!!

Wahh...besarnya ganjaran kalau kita beribadat pada malam itu...Kalau nak diikutkan umur hayat manusia pun,kebanyakan hanya boleh hidup sehingga 70 tahun sahaja.Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada nabi Muhammad S.a.w ...Syukurnya kerana kita menjadi umat nabi Muhammad.~Alhamdulillah~

Konklusinya,marilah kita sama-sama merebut malam yang begitu istimewa ini,perbanyakkan bacaan Quran,beristighfar,bertaubat,qiamulail dan bermunajat kpd Allah.Sama2lah kita tingkatkan amalan supaya berada dalam mode Gear 3.Anggaplah ramadan kali ini merupakan Ramadan yang terakhir dalam hidup kita,kita pasti mennghargainya...Selamat Beramal~

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates