Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Tuesday, November 10, 2009

::Maattauwiq Wan Najah ::


Salam alaik~ sahabat2 semua..tentunya pada saat ini iaitu ketika ribut yang bernama EXAM sedang melanda,sahabat2 semua sedang tekun menelaah buku2 akademik...

Mungkin ketika ini,Guru pelatih subjek Pendidikan Islam sedang sibuk menkaji sistem pemerintahan Umar Abdul Aziz,Guru pelatih subjek matematik pula sibuk menghafaz formula2 Triogometri...Guru pelatih subjek Sains pula sedang bertungkus-lumus untuk memahami proses Kreb Cycle...Masing2 bertungkus lumus untuk mendapatkan pointer 4.00 flat dalam peperiksaan ini...Moga2 semua berjaya ye dalam peperiksaan kali ini~Azam2,insyaAllah~

Jesteru,pada kesempatan ini,Biro Agama JPP ingin mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan kepada semua warga IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan yang bermula pada 3 November 2009 sehingga 20 November 2009.

Kata2 yang mungkin boleh difikirkan dan dijadikan Muhasabah :

Peperiksaan bukanlah hanya untuk menguji apa yang kitaTAHU...tetapi yang apa yang lebih penting ialah ia mencetus MAHU ...dalam menuju kearah MAMPU mendekatkan diri kepadaNya dengan apa yang kita TAHU.

Fikir-fikirkan...Wassalam.

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates