Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Tuesday, April 27, 2010

.:.Biro Kerohanian JPP 2010-Pengalaman Mematangkan Diri.:.


" Dan hendaklah ada di antara kamu suatu umat yang menyeru berbuat kebaikan, dan menyuruh orang melakukan yang benar, serta melarang yang mungkar. Merekalah orang yang mencapai kejayaan." -QS Ali Imran (Keluarga Imran) 3 : 104-

Dulu dikenali dengan nama Biaga tetapi kini Biro Kerohanian JPP. Walau apapun nama atau gah bunyinya, ia tetap mempunyai suatu prinsip yang sama dan berada dalam satu landasan yang sama untuk memantapkan dan memacu Islam di bumi afzan yang tercinta ini.Sungguhpun tampuk pemerintahan sudah beralih arah, namun semuanya kepada satu tujuan yang sama.

Sengaja saya meletakkan firman Allah pada entry post ini, untuk menyedarkan kita betapa peri pentingnya tugas sebagai seorang khalifah yang diamanahkan untuk menyeru berbuat kebaikan, menyuruh orang melakukan yang benar serta melarang yang mungkar.

Jelas, dalam ayat di atas menyebut, aspek-aspek tersebut perlulah dititikberatkan dalam usaha untuk mencapai sesuatu kejayaan. Jadi, menjadi tanggungjawab kita terutama barisan ahli Biro Kerohanian JPP untuk sama-sama mengerah keringat bukan setakat berfikir tetapi punya daya usaha untuk melaksanakannya. Namun, perlu diingat bukan atas dasar aku punya nama sebagai ahli biro tetapi atas dasar perintah Allah yang wajib kita ikuti.

******************************************************************************
Biasa kita dengar, orang yang berpengalaman dalam sesuatu hal itu mesti lebih banyak idea dan pemikirannnya terhadap sesuatu perkara. Bagaimana pula, orang yang tiada pengalaman tetapi punya semangat yang jita untuk memacu Islam di alam ini. Secara tidak lansung, ia kadang-kadang melemahkan orang yang sedemikian kerana merasa rendah diri, tidak mampu dan tidak setanding untuk sama-sama duduk dan berdiri dengan orang yang berpengalaman. Fikir punya fikir, akhirnya jawapan saya terjawab..

Suka saya memetik tulisan Dr. Ary Ginanjar Agustian iaitu trainer utama ESQ Training dalam bukunya Emotional Spiritual Quotient berkaitan dengan tujuh belenggu yang sentiasa mempengaruhi manusia dan salah satu daripadanya adalah "pengalaman". Katanya, pengalaman kehidupan dan lingkungan sangat mempengaruhi cara berfikir seseorang yang pada akhirnya akan membentuk manusia mengikut bentukan dari lingkungan sosialnya.

Sebagai contoh, Yani bertunang dengan Rudi. Suatu hari Yani mengetahui tunangnya berhubungan dengan wanita lain, dan akhirnya Yani memutuskan pertunangannya. Dua tahun kemudian, Yani berkenalan dengan Andi dan Yani yakin itulah suaminya. Pengalaman berulang, Andi menikah dengan wanita lain. Yani kini 50 tahun dan berstatus single. Yani tidak mau berkenalan dengan mana-mana lelaki kerana berkeyakinan semua lelaki adalah sama.

Pengalaman hidup dan kejadian-kejadian yang dialami seseorang akan brperang dalam mencipta pemikiran dan paradigma dalam dirinya. Seringkali, pemikiran itulah akan menjadi kayu ukur baginya, juga untuk dia menilai perkara yang berlaku di sekitarnya. Seperti kes di atas, Yani tidak mau berkenalan dengan mana-mana lelaki lagi disebabkan perkara yang dialaminya.

Jadi, hal tersebut akan membatasi pemikiran seseorang, kerana ia menilai segalanya berdasarkan "frame" atau kotak pemikirannya sendiri, buka melihat sesuatu secara realiti atau rasional. Untuk itu, suara hatilah yang sebenarnya berpotensi melindungi diri dari pengaruh pengalamn hidup. Sikap proaktif mengajar kita untuk melihat sesuatu secara berbeza, namun ia perlu dilandasi dengan prinsipyang sebenar. Dan berprinsiplah selalu kepada Allah Yang Maha Abadi.

Semoga ia memberi kesedaran kepada kita bahawa untuk berjaya dalam sesuatu bukanlah disebabkan kita punya pengalaman atau tidak berpengalaman terhadap sesuatu perkara, namu sejauh mana keyakinan kita terhadap suara hati kita dan sejauh mana kebergantungan kita kepada Allah s.w.t..=)

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates