Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Sunday, May 16, 2010

Remaja Muslim


Bismillah,
Assalamu'alaykum.
Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang Allah, satu forum pensyarah yakni "Forum Tautan Hati" yang bertajuk Remaja Muslim telah diadakan pada 12 Mei 2010 bersamaan 27 Jamadil Awal di Surau as-syafi'e.

Forum ini telah dipengerusikan oleh Ketua Biro Kerohanian I, Saudara Mohd Farid b. Supandi dan dua orang ahli panel yang tidak asing lagi di Bumi Afzan ini iaitu Ustaz Jamaluddin b. Adam dan Ustaz Wan Azlan b. Wan Adnan.

Pada awal pembukaan forum, Ustaz Jamaluddin selaku panel pertama telah memberi definisi remaja muslim secara terperinci. Beliau mengkategorikan manusia kepada tiga golongan iaitu golongan dunia, golongan yang sesat dunia akhirat dan golongan yang menganggap dunia sebagai tanaman ke akhirat. (mazra'atul akhirat). Dan ustaz telah menjetik hati kami dengan bertanyakan kami manusia golongan yang bagaimana?

Selepas itu, forum diteruskan lagi oleh panel yang kedua di mana beliau telah memperkenalkan virus baru yang sedang melanda remaja muslim pada masa kini iaitu H5iN5E. Beliau berkata, punca remaja muslim lemah adalah kerana:

Faktor dalaman:
  • Hakis iman dan aqidah
  • Hambar dalam kesedaran
  • Haus didikan agama dan jiwa
  • Hambatan hawa nafsu
  • Hasutan Iblis dan syaitan

Faktor luaran:
  • Nisbah lahirnya media masa yang islamik dengan tidak media tidak islamik
  • Nyanyian dan hiburan
  • Nazaknya suasana masyarakat sekeliling
  • Naifnya peranan institusi keluarga
  • Non-stop propaganda dakyah Yahudi

Jadi, Ustaz Wan telah menerangkan faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi remaja muslim pada masa kini. Bahayanya virus H1N1 sama bahayanya dengan virus H5iN5E, malah ia akan menjadi lebih bahaya jika tidak dicegah dari awal.

Pada malam tersebut, banyak formula-formula baru yang telah diperkenalkan oleh Ustaz Wan. Formula yang amat menjentik hati kami untuk berubah.

Persoalannya, mengapa Remaja Muslim perlu meneguhkan islam?

  • Kerana keremajaan pada diri kita. Persis para sahabat pada zaman ar-rasul yang mulia. Abu Bakar as-Sidq, Umar b. al-Khattab, Zayd b. Harithah. Bukankah mereka syabab?
  • Kerana umur remaja yang masih boleh dibentuk dan ditarbiyyah.
  • Kerana Islam merupakan jalan penyelesaiannya.
  • Kerana menyeru masyarakat pada kalimah laillah ha illallah.
  • Kerana perjuangan di atas muka bumi ini untuk menegakkan Islam.

Sungguh forum pada malam tersebut banyak membuka minda para syabab dan fathayyat pada malam tersebut. Semoga apa yang disampaikan pada malam tersebut dapat mendidik jiwa kami agar berjiwa besar terutamanya dalam mengharungi hidup sebagai seorang da'ie. InshaAllah.

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates