Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Monday, July 19, 2010

Tujuh Perkara Ganjil




Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri
kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan
seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk
bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur
untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara gan
jil yang menimpa
mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang
sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."




*Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap

kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku
lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai
tuan guru?" tanya pemuda itu.

*Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan
Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka
dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka
daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.



Sambung pemuda itu lagi, *Golongan yang kedua, aku lihat wajah
mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala
malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun
bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, *Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika
sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"



Pemuda itu menyambung lagi, *Wahai tuan guru, golongan yang ketiga
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja.
Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu
gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

*Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai
anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.



*Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi
batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, *Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang
derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t.
sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."



*Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga
membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,"
sambung pemuda itu.

*Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan
silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak
bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah
termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.



*Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu,
ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat
busuk baunya,"

*Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu
hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.



*Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya
wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, *Wahai pemuda, mereka itulah golongan
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat
mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah
s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."



Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan
kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas
setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..
tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, *Wahai pemuda, mereka itulah golongan
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat
mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah
s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."



Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan
kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas
setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates