Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Wednesday, July 27, 2011

:: RAMADHAN.. KAU DATANG LAGI ::






pejam celik kita sudah menghampiri bulan Ramadhan Al- Mubarak..cepat sungguh rasanya masa berlalu..namun, persoalannya.."masa yang berjalan terlalu cepat atau kita yang terlalu membuang masa dengan perkara2 yang tak berfaedah?" sama2 kita bermuhasabah...



sempena kedatangan bulan yang penuh mulia ini..kami ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang Adab berpuasa dan Fadhilat Solat Sunat Tarawih..



ADAB BERPUASA


  1. Menjaga lidah kita daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengan kita.
  2. Menjaga mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia.
  3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
  4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.
  5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga.
  6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.
  7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat.
  8. Mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
  9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w " Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah).
  10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat tarawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

FADHILAT SOLAT SUNAT TARAWIH


  1. Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya.
  2. Dosanya diampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
  3. Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
  4. Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  5. Diberi pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
  6. Diberi pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
  7. Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.
  8. Diberikan oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
  9. Seperti pahala beribadah kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
  10. Dikurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
  11. Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
  12. Datang pada hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
  13. Datang pada hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.
  14. Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
  15. Diminta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
  16. Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
  17. Diberi pahala seperti pahala para Nabi.
  18. Diseru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
  19. Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
  20. Diberi pahala para syuhada dan salihin.
  21. Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.
  22. Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
  23. Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga
  24. Diberi pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.
  25. Dihapuskan dari seksaan kubur.
  26. Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
  27. Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
  28. Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.
  29. Diberi pahala seribu haji yang mabrur.
  30. Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.
SEMOGA RAMADHAN PADA TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN2 SEBELUMNYA...
INSYA-ALLAH....^_^


*sumber: http://hikmah.org.my/

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates