Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Saturday, April 14, 2012

:: PROGRAM SEMPURNAKAH SOLAT ANDA ::


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah. seinfiniti kesyukuran diucapkan kepada ALLAH S.W.T. tuhan sekalian alam atas limpahan nikmat iman dan Islam. bersyukur juga kerana ALLAH masih meminjamkan nyawa kepada kita untuk terus bernafas di muka bumi ini. selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.
 

maksudnya : “Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] 

sebagaimana yang semua sedia maklum. solat merupakan tiang agama dan antara amalan pertama yang akan dihitung di akhirat sana. dan sungguh solat itu berat kecuali bagi mereka yang khusyuk. persoalannya. bagaimanakah untuk khusyuk dalam solat?

bagi merungkai persoalan ini. Biro Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (BIAGA) akan mengadakan satu program yang bertajuk "Sempurnakah Solat Anda". program ini akan berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu pada 18 April 2012 (rabu) dan 19 April 2012 (khamis). tentatif program sebagaimana berikut :

tarikh : 18 APRIL 2012
hari : Rabu
masa : 9.15 malam
tempat : Dewan Darul Makmur
pengisian : ceramah yang bertajuk "Khusyuk Dalam Solat"

tarikh : 19 APRIL 2012
hari : Khamis
masa : 9 malam
tempat : Surau As-Syafie
pengisian : praktikal solat

jom. semoga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang solat dan sama-sama membaiki solat kita ^_^

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates