Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Thursday, June 21, 2012

:: LANTUNAN MAHABBAH LI-RASULILLAH SIRI 2 ::


Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
(Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Rasulullah amat menyayangi ummat baginda sehingga saat kewafatan baginda, baginda masih menyebut "Ummati, ummati, ummati" yang bermaksud ummatku, ummatku, ummatku.

Dengan begitu, pernahkah kita terfikir untuk berselawat ke atas Rasulullah S.A.W?

Oleh itu, mari kita sama-sama menghadirkan diri dalam menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W di LANTUNAN MAHABBAH LI-RASULILLAH pada 21 Jun 2011 bersamaan 01 Sya'ban 1433 pada hari khamis di Pusat Islam Surau As-Syafi'e, IPGKTAA Kuala Lipis Pahang.

Kita akan sama-sama berselawat dan berqasidah derta kita akan mendengar kupasan Kecintaan Rasulullah Kepada Ummah oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Muzakir bin Ahmad Syukri.

Semua muslimin dan muslimat IPGKTAA dijemput untuk memenuhi ruangan majlis ini.

Semoga ALLAH merahmati majlis dan hadirin majlis ini. Ameeenn.

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates