Assalamualaikum..sahabat sekelian, moga diri kalian sentiasa di bawah hembusan rahmat Allah yang tiada penghujungnya..biasalah, bila memasuki semester baru ni, terbayang-bayang di fikiran, apa azam aku semester ni???lebih best lagi, kalau tak pernah terfikir nak wat ape, nak bawa satu perubahan dalam diri..
Teringat ayat ke-2 dan ke-3 surah as-Saff yang bermaksud"Wahai orang-orang beriman! kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
"(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
Sedarlah para sahabat, dosa yang paling besar ialah kita tahu bahawa ia adalah dosa, tapi masih melakukan..jadi, saya nak tekankan di sini, makin hari kita semakin enak dibuai dengan maksiat yang kita lakukan. Makin kita buat makin kita rasa seronok, ditambah pula dengan hasutan syaitan durjana..cuba sahabat check balik hati, renovate sebaik mungkin dengan ibadah wajib mahupun sunat. Antara perkara yang boleh kita lakukan adalah seperti:
1) dalam sehari mesti mengaji al-Quran
2) istighfar banyak-banyak
3) zikrullah penenang hati
4) solat sunat cth solat sunat rawatib, dhuha
5) qiamullail---solat sunat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat
InsyAllah..dengan amalan-amalan kita, mungkin akan bawa satu perubahan dalam diri kita, suatu roh baru yang segar disirami dengan rahmat dan berkat Ilahi....:-))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment