Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Monday, July 13, 2009

Guru Pelatih IPGM Lesu?

Seorang sahabat saya bertanya, apa perkembangan guru pelatih IPGM sekarang?

Aku menjawab..mudah sahaja. Haluan mereka belajar di kampus kerana peluang kerja terjamin. Tidak perlu sibuk dengan hal- hal lain. Malamnya mereka berfikir nak makan di mana. Petangnya di isi dengan bermain di padang mahupun berenang di kolam. Jika tiada pensyarah, ada yang balik ke bilik, lepak di cafeteria, melayari internet bersembang di laman interaktif dan hanya sebilangannya sahaja ke perpustakaan.

Itulah rutin harian mereka. Tidak jauh berbeza semasa di bangku sekolah. Walhal mereka kini berada di salah satu institutsi pendidikan terpenting negara. Institusi yang akan melahirkan guru- guru bagi mengajar dan mendidik anak bangsa di sekolah rendah. Betapa pentingnya didikan dan ajaran bagi kanak- kanak ini sebagaimana dinyatakan dalam peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sayangnya mentaliti guru- guru begini jadinya.

Persoalannya kenapa guru pelatih kita bersikap sedemikian?


Adakah guru pelatih IPGM terlalu dimanjakan dengan elaun RM 430 atau RM500 setiap bulan?


Adakah kerana hidup guru pelatih IPGM terlalu mewah disebabkan segala perbelanjaan yuran pengajian kita ditanggung penuh oleh kerajaan?


Atau adakah kerana guru pelatih IPGM terlalu selesa kerana confirm akan dapat bekerja sebagai guru selepas tamat pengajian sehingga melahirkan bakal pendidik yang lesu,pasif dan mempunyai mindset ‘katak dibawah tempurung’?


Fikir-fikirlah wahai sahabatku sekalian...Bangkitlah dari lenamu..Keluarkan potensimu untuk berbakti kepada agama,negara dan bangsa

3 comments:

Anonymous said...

diri sendiri tu tgk dlu..... baru nasihat orang...choii

Anonymous said...

pelatih kat ipg ko je kot yg lesu....ipg lain ok jer...

Anonymous said...

ko ni nk kata bangang x bangang...suka ati je ko tulis lesu bagai..ak rasa ko yg lesu+gout+barah rahim..bajet bagus je ko ni..

bia ak cter ckit,kasi ko bukak mata..
ki maktab sama mcm dkt u ke?suasana sama?cara lecturer ajar/layan sama?pendedahan sama?pnah ko tgok budak laki x tuck in baju pastu kena tegur,kena marah?sbb pe?sbb kt mktab klo x tuck in bju org kata samseng..apa beza msa kt skolah dlu?sama je kn..lg 1, kt mktab penah ke kita urus dri sdri..mksud ak dri segi pembelajaran..xpnah kn?apa beza ngan skolah?sama gak kn..ko jgn jd bangang sgtla...klo kta dh diasuh dgn cara mcm 2,jd mcm 2 je la..xpyh ko nk kata katak bwh tmpurung ke apa..kt mktab dr dlu memg mcm 2..xpyh kecoh nk kata lesu la wei..ko 2 yg LEMBU..terima je la hakikat..sblm ak tlupa,ak xpnah study tp xpnah ak dpt kurg dr 3.5..ak yakin sume bdk mktb pn cm2..ko sbut sal study kt library pehal?kte nk jd ckgu dol,bkn engineer..ckp bia logik dol...bkn ak nk rendahkn kerjaya ak sndri.tp hakikat kta kena trima..org bodoh pn bleh jd ckgu klo kena cara.tp org yg blagak pndai cm ko ni pn kdg2 bla mengajar xtau pape..

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates