Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Thursday, March 19, 2009

::TRANSFORMASI ALAMAT DAN WAJAH BARU !!!

Untuk pengetahuan pengunjung yang dihormati, alhamdulillah, akhirnya blog ini telah mengalami satu transformasi perubahan dari segi alamat dan wajah.Alamat pada blog ini diubah kerana sebelum ini,ramai yang mengadu bahawa alamat lama blog ini iaitu http://afzanlajnatuddin.blogspot.com ini terlalu panjang dan sukar untuk diingati.
Maka,untuk mengatasi masalah ini,kami telah mengambil jalan untuk mengubah alamat blog ini kepada http://biagaafzan.blogspot.com .Pada entry ini juga,sahabat2 sekalian akan dapat melihat kronologi perubahan imej dan wajah blog ini dari awal pembinaan blog ini hingga sekarang..



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
:: KRONOLOGI PERUBAHAN IMEJ BLOG ::

Wajah 1-Permulaan Blog ini Diwujudkan

Komen yang saya dapat bagi wajah 1 ini ialah blog ini kelihatan kusam kerana warna utama pada blog ini ialah warna kelabu.Selain itu,gambar pada header blog ini tidak sesuai dengan background blog ini dan blog ini dikatakan tampak kosong.


Wajah 2-Imej Blog Mula Diubah

Perubahan yang berlaku pada blog ini ialah Column bagi blog ini ditambah dari 2 column kepada 3 column.Ia ditambah bagi menjadikan blog ini kelihatan kemas dan sistematik.Selain itu,template dan background blog ini turut diubah bagi menyerikan lagi imej blog ini.

Walaupun imej ini bertambah elegen tetapi terdapat beberapa kelemahan iaitu, hiasan background bagi blog ini telah menutupi beberapa butiran penting dalam blog ini dan menyebabkan butiran penting itu tidak dapat dilihat dengan jelas.Selain itu,disebabkan warna hitam memenuhi seluruh halaman blog ini,maka ia seolah2 tidak menampakkan perbezaan boader bagi setiap column.Kesimpulannya ia kelihatan sedikit serabut.


Wajah Terkini- Imej Terakhir Blog ini.

Inilah final touch bagi imej blog ini.Setelah bersusah payah mencari background yang sesuai,alhamdulillah akhirnya kami dapat juga mencari background yang bersesuaian dengan blog ini.Background terakhir ini menampakkan warna yang ceria iaitu gabungan warna coklat dan kuning serta corak yang simple.Hasil gabungan warna yang ceria dan corak yang simple menyebabkan ia kelihatan elegen dan tersusun kemas.

Selain itu,gambar pada header blog ini,menyerikan lagi seri penampilan imej blog ini walaupun pada awalnya kami menghadapi kesukaran untuk memasukkan gambar tersebut dalam ruangan header.Moga2 dengan adanya imej baru blog yang menarik ini, lebih ramai yang tertarik untuk menziarahi blog ini seterusnya akan tertarik dengan keindahan warna-warni yang yang terdapat di dalam Islam.InsyaAllah~

Tuesday, March 17, 2009

:: AsiF JiddaN ATaS SeGaLa KeSuLiTaN ::

Blog ini sedang "dibaik pulih" sebarang kesulitan amatlah dikesali...Nantikanlah wajah baru Blog ini

JoM JoiN SmArT GrOuP !!!


Salam alaik~Apa Khabar iman sahabat2 sekalian…Moga2 iman kita semua sentiasa sihat walafiat dan sentiasa ter’charge’ seperti mana ter‘charge’nya handphone kita yang berjenama Nokia(Jom Cuba Boikot),Sony Ericsson,Samsung dan lain2.

Mungkin sahabat2 tertanya2, kenapa iman kita perlu sentiasa di‘charge’?Jawapannya ialah kerana moga2 dengan iman yang telah di‘charge’, itu dapat mencetus MAHU untuk mengerjakan segala tugas yang kita galas sebagai seorang hamba seterusnya kearah MAMPU mencapai keredhaan Sang Pencipta yang Maha Berkuasa…Amin,InsyaAllah.

Baiklah,untuk entry kali ini,saya suka untuk sama2 kita flashback semula program yang baru sahaja diadakan iaitu Tayangan Air Mata Gaza.Alhamdulillah saya ucapkan kerana ia berjalan seperti mana yang dirancang dan dalam soal keberkesanan program ini,jika saya diberi peluang untuk memberi rate pada program ini,saya berani meletakkan 4 bintang daripada 5 bintang kerana ramai yang memberikan respon positif setelah melihat video yang ditayangkan dan yang lebih mengejutkan ada yang bersedia menginfakkan dirinya untuk berjihad di Palestin selepas melihat betapa sengsaranya umat2 islam di seluruh dunia ditindas oleh kaum kuffar,Fuhh..Hebat2~

Kalau kita sama2 imbau kembali video yang kita tonton semasa di Tayangan Air Mata Gaza itu,kita dapat lihat bagaimana kronologi kejatuhan kerajaan Islam di seluruh dunia dimana pada awalnya,pengaruh Islam sangat2 kuat,nak dikatakan punya hebatnya pengaruh Islam di serantau dunia ini,Islam telah menakluk 2/3 daripada seluruh dunia lalu mentadbirnya dengan penuh aman dan sentosa..Fuhh,Hebat2~…Tapi malangnya ia tidak berkekalan seperti yang kita jangkakan..Benarlah kata pepatah melayu yang berbunyi Ku sangka cuaca panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengah hari’



Rupa-rupanya dalam diam Kerajaan Barat (Amerika, Perancis,Belanda) merancang satu strategi seterusnya menakluk sedikit demi sedikit kerajaan Islam..dan klimaks runtuhnya kerajaan Islam(Khilafah) berlaku di Turki dimana Pusat kerajaan Islam(Khilafah) itu telah ditukarkan kepada kerajaan sekular setelah didalangi oleh Mustafa Kamal Antartuk.Maka dari titik kejatuhan itu,terkuburlah satu empayar kerajaan Islam yang bernama Khilafah.

Sahabat2 sekalian,tahukah kalian kenapa umat Islam begitu lemah sehingga negara2 Islam mudah dijajah dan ditakluk oleh golongan kuffar?Jawapannya mudah sahaja..Mari kita cari jawapannya dalam satu hadis yang berbunyi:

Rasulullah bersabda; Hampir tiba suatu masa di mana bangsa2 dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang2 yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”.Maka salah seorang sahabat bertanya,“Apakah ia berlaku kerana bilangan kami yang sedikit pada ketika itu?”.Rasulullah menjawab,“Bahkan pada ketika itu,bilangan kamu begitu ramai sekali,tetapi Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh2 kalian kamu dan Allah akan mencampakan ke dalam hati kamu penyakit ‘Wahan’. Seorang sahabat bertanya:“Apakah ‘Wahan’ itu ya Rasulullah?Nabi menjawab:“CINTA PADA DUNIA DAN TAKUT ATAS MATI”.

So sudah jelas lagi bersuluh,punca umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan penyakit ‘Wahan’ dan kelalaiannya.Sehingga kini pun,penyakit berbahaya itu masih lagi merebak ke hati2 makhluk yang bernama manusia.~Eii..Takutnya!!~…X percaya?Jom kita sama2 tengok bagaimana masyarakat zaman sekarang sangat2 leka dan lena diulit dengan hiburan yangmelampau..


Cuba kita kira berapa banyak program realiti tv yang ada kat Malaysia ini?Fuhh..memang cukup2 banyak…Sebut sahaja Akademi Fantasia,Malaysia Idol,Tom-tom Bak,My Starz ,pastinya waima kanak2 berumur 4 tahun pun boleh sebut pada hari apa,di tv apa dan pada pukul berapa program realiti tv itu ditayangkan dengan begitu tepat ..Ishh 3x~

Sahabat2 sekalian,Dalam situasi dia atas,nampak sangat kita semua telah termasuk dalam perangkap musuh2 islam yang bernama yahudi dan nasrani tanpa kita sedari .Mereka sudah lama memusuhi kita dan mereka tidak akan redha sehingga kita ini ikut telunjuk mereka..Hal ini dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 120 iaitu Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka........”(2:120) dan ketahuilah sahabat2 sekalian,mereka telah menyerang kita dengan cara peperangan yang paling bahaya iaitu Perang Pemikiran dengan formula 5 S iaitu Song,Smoke,Sport,Screen dan Sex...~Ishh3x..Bahaya2~

Di sini terdapat beberapa persoalan yang saya nak sahabat2 renungkan dan fikirkan iaitu...Dimanakah kita ketika Anak2 Palestin meraung meratapi kematian keluarganya?Sensitifkah kita apabila mendengar tentang kisah kejatuhan empayar Islam yang bernama Khilafah?Terjebakkah kita dalam dunia hiburan yang mempesonakan dan melalaikan?Kalahlah kita dalam perang yang dilancarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani?



Susah kan soalan diatas?So untuk membantu sahabat2 merungkai jawapan bagi soalan diatas,Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan,Biro Agama telah membentuk satu Islamic group discussion yang diberi nama “SMART GROUP” dimana didalam “SMART GROUP ini,ia akan membincangkan tentang pelbagai persoalan yang terbit dari diri sahabat2 dan isu semasa sekeliling.


Di sini lah medan sahabat2 sekalian untuk mencari jawapan bagi persoalan Erti Hidup yang sering dicari2 oleh semua makhluk yang bernama Manusia..Jangan risau,”SMART GROUP”ada banyak aktiviti lain selain perbincangan.Jadi Apa Lagi sahabat2 sekalian,cepatlah daftarkan diri untuk menyertai SMART GROUP yang best ini!!Wassalam~

:: Liqo' Kubra Pertama Smart Group ::

Pada 11 Mac 2009,Lajnah Tarbiyah dan kepimpinan,Biro Agama JPP telah mengadakan Liqo' Kubra Pertama bagi Program Smart Group.Program Smart Group ialah satu perbincangan yang berkaitan dengan agama dan isu semasa.

Alhamdulillah,pada Liqo Kubra pertama ini,seramai 50 orang guru pelatih telah hadir dan mereka dibahagikan dalam bentuk kumpulan dimana mereka bebas untuk memilih ahli kumpulan dan naqib yang mereka kehendaki.Alhamdulillah,akhirnya sebanyak 10 kumpulan dapat dibentuk.


Sedikit penerangan sebelum mereka dibahagikan dalam kumpulan


Khusyuknya mereka mendengar

Mereka telah dibahagikan dalam bentuk kumpulan


Saudara Akif selaku Naqib berbincang dengan ahli kumpulannya tentang aktiviti yang akan dilakukan sepanjang tahun


Fuhh!!Semangatnya,mereka menyambung perbincangan Smart Group di Kantin

"Usrah bukan bermula dengan al-Fatihah dan berakhir dengan tasbih kifarah.. tetapi usrah bermula dengan tasbih kifarah dan berakhir dengan al-Fatihah.."

Monday, March 16, 2009

Forum " I'm Proud To Be A Muslim "

Pada 4 Mac 2009,Lajnah Ceramah dan Ilmiah,Biro Agama JPP dengan kerjasama JAPIM IPGM Afzan telah mengadakan satu forum yang bertajuk " I'm Proud To Be A Muslim".Forum ini diadakan selepas solat Maghrib di Surau As-Syafie.

Tujuan forum ini diadakan adalah untuk merungkai persoalan yang telah lama terpendam dalam diri seseorang iaitu 'Kenapa kita harus bangga dan bersyukur menjadi seorang Muslim?'.Forum ini telah dipengerusikan oleh Saudara Nik Mohd Faiz dan terdapat 2 orang ahli panel bagi forum ini iaitu Ustaz Borhan dan Saudara Khairul Safwan.

Persiapan sebelum Forum bermula

Kehadiran guru pelatih lelaki pada pukul 7.45 malam

Alhamdulillah,kehadiran guru pelatih lelaki bertambah pada pukul 8.00 malam

Wah!! Yang Di-pertua Pelajar JPP pun datang !!~Hebat2~

Muslimat khusyuk mendengar..Jangan khusyuk tidur sudah !!

Forum yang dinantikan bermula akhirnya

Hidup Islam !!!

Sunday, March 15, 2009

::: Seminar Nuqaba' Cemerlang :::


Pada 27 Februari 2009,Biro Agama JPP telah mengadakan satu program iaitu "Seminar Nuqaba' Cemerlang".Seminar ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dan ia berlangsung di Dewan Kuliah A.Seminar ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua bakal naqib dan naqibah tentang teknik-teknik dalam mewujudkan usrah yang menarik dan ideal.

Terdapat 2 slot sepanjang program ini berlangsung iaitu pada slot ceramah pertama,ia telah disampaikan oleh Ustaz Wan Azlan ,pensyarah JAPIM IPGM kampus Tengku Ampuan Afzan sementara pada slot ceramah kedua pula,ia disampaikan oleh Ustaz Asy'ari dari Universiti Islam Antarabangsa(UIA).

Pendaftaran Muslimin

Pendaftaran Muslimat

Ustaz Jamaluddin sedang memantau program di belakang Dewan Kuliah

Ustaz Wan Azlan mengisi slot ceramah 1

Ustaz berseloroh ketika berceramah

Muslimat khusyuk mendengar

Nasib baik tak ada Muslimin yang tidur!!

::Semasa Kudapan::"Selera betul cik abang ni makan"

Ustaz Asy'ari menunggu untuk memulakan slot ceramah ke-2

Sedikit Cenderahati daripada Biro Agama kepada Ustaz Asy'ari


Penjualan Button Islamik diakhir program

Saturday, March 14, 2009

::: TAYANGAN AIR MATA GAZA :::

Pada 25 dan 26 Februari 2009,Lajnah Helwi dan Lajnah Tarbiyah& Kepimpinan telah mengadakan satu tayangan yang bertajuk "AIR MATA GAZA".Tayangan ini telah diadakan di Dewan Kuliah A dan bermula pada pukul 9.30 malam.

Tayangan Air Mata Gaza ini mengisahkan tentang kejatuhan sistem Khilafah Islam serta kesengsaraan hidup rakyat Palestin dan umat Islam seluruh dunia.Alhamdulillah,tayangan ini mendapat sambutan yang sangat baik.Tak percaya?Jom tengok gambar-gambar di bawah !!

- Tayangan Muslimin -
26 Februari 2009
Dewan Kuliah A

Menyambut ketibaan Ustaz Jamaluddin

Ikat !!Jangan tak ikat !!

Wah,saudara Balraj pun datang!!~Hebat2~

Pembacaan Doa oleh Saudara Wan Amirul Syahril

Khaibar 2x..Khaibar Ya Yahuud !!

Penjualan Button Islamik dan T-shirt

Kami Benci Zionis !!!


- Tayangan Muslimat -
25 Februari 2009
Dewan Kuliah A

Ketika Permulaan Majlis

Membawa "Jenazah" Seorang Mujahid

Gimik Kematian Seorang Pejuang Palestin


Penjelasan tentang Video yang ditayangkan

Jaga-jaga Wahai Yahudi !!Tentera Muhammad Akan Datang!!!

Penjualan Button Islamik dan buletin Ar-Risalah


Erm,Button mana ye yang comel ??

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates