Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Monday, April 25, 2011

..::Elak Iman Luntur::..



bagi mengelakkan lunturnya iman kita...beberapa cadangan boleh diikuti dan diamalkan

1. tingkatkan kualiti ibadah
~contohilah bagaimana Rasulullah beribadah. walaupun baginda telah dijamin Syurga, baginda tetap beribadah dengan baik. sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis qudsi yang bermaksud: " Allah S.W.T berfirman: ' Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunat sehingga Aku mencintainya.."

2. hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan Allah
~khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. punca hilangnya khusyuk ialah hati yang terlalu keras. cara melembutkan hati adalah dengan melemahkan nafsu. oleh itu, Rasulullah S.A.W mengajar kita supaya sujud lama-lama ketika dalam solat.

3. selalu menghadiri majlis ilmu
~manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidup jika semakin jauh dengan majlis ilmu. tuntutlah ilmu dan cintailah majlis ilmu kerana Rasulullah cintakan ilmu...tunjukkan rasa kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W dengan mengikuti baginda..



...:::::....semoga kita semua dapat merasai kemanisan iman..laksanakanlah perkara yang boleh meningkatkan iman dan usahakanlah sedaya mungkin supaya dapat elakkan iman kita daripada terus luntur....::::....

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates