Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Monday, April 25, 2011

..::..TAQWA..ibarat buah yang manis..::..


Taqwa ialah puncak segala penghasilan terhadap amalan kehambaan dalam mentaati Allah. Taqwa terhasil menerusi ketaatan yang bersungguh-sungguh kepada-Nya Yang Maha Agung. Tidak dikira sempurna taqwa seseorang sekiranya ia masih menyerahkan sekalipun sekecil zarah bahagian kehidupan daripada siri kehidupannya kepada selain daripada Allah S.W.T....

Taqwa seumpama buah yang manis yang terhasil apabila pokok syariat itu dijaga dengan sebaik mungkin. Apabila seseorang itu dikurniakan taqwa menerusi jalan hidayah-Nya, maka terarahlah pandangan batinnya kepada akhirat yang bersifat hakikat di samping mengambil dunia hanya sebagai pinjaman...


Al-Kattani pernah mengumpamakan taqwa sebagaimana berikut: " Sesungguhnya dunia diciptakan hanya semata-mata untuk manusia menerima cubaan (yang akan meningkatkan taqarrubnya kepada Allah), manakala akhirat diciptakan agar manusia itu bertaqwa( tunduk dan takut kepada Allah)."

~dipetik drpd majalah SOLUSI~

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates