Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Sunday, May 15, 2011

:: Adakah Anda Sudah Bersedia Atau....?? ::



Assalamualaikum..
pejam celik pejam celik, rupa2nya dah akhir sem..masa begitu cepat berlalu atau kita yang banyak mensia-siakan masa yang ada? hurmm..sama2 la kita bermuhasabah diri..jadi, bila dah akhir sem ni, satu perkara yang akan kita tempuhi...PEPERIKSAAN@ EXAM@ iMTIHAN...




jadi,,adakah kita semua sudah bersedia? dah abih study? Jom sama2 kita bermujahadah..kita lawan nafsu malas..kita lawan nafsu tidur yang berlebihan...=)..gunalah masa lapang dengan sebaik mungkin sebelum datangnya masa sempit...

BERUSAHA+ BERDOA+ BERTAWAKAL= INSYAALLAH BERJAYA ^_^

antara beberapa doa yang boleh diamalkan:

Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”


Doa Pengharapan : Allahumma ya Allah..aku pohon keampunan Mu ya Allah. Ya Allah !Aku adalah hamba Mu dan anak dari hambaMu. Ubun-ubunku berada diatas tangan Mu. Janganlah Kau tinggalkan aku dalam keadaan berhajat melainkan kau tunaikan hajatku, janganlah kau tinggalkan aku dalam keadaan bermohon melainkan Kau penuhilah permohonan ku. Ya Allah! Aku bermohon kepada Mu. Jika dengan kejayaan didalam peperiksaan ini membuatkan aku lebih beristiqamah dalam menyampaikan agamamu,maka izinkanlah kejayaan tersebut. Jika sebaliknya,aku pulangkan segala – galanya didalam pengetahuanmu. Ya Allah, Ya Tuhanku....Sesungguhnya engkau mengetahui setiap perkara yang berlaku dan Engkaulah yang berkuasa atas perkara tersebut...Amin....


2 comments:

mohdrusli said...

Jangan lupa ujian yang paling besar.

qamarguyz said...

salam ziarah..
hmM..entah apa silapnya..
usaha dibuat tidak berapa berjaya..
senyum..redha

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates