Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Friday, June 24, 2011

:: AHLAN WASAHLAN ::


Assalamualaikum.. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Semoga selawat dan salam terlimpah kepada Nabi Muhammad s.a.w, keluarga, sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syari'atnya sehingga ke hari kiamat.. amin..

Satu coretan kali ini mengalu - alukan kedatangan sahabat - sahabat seperjuangan yang bakal melangkah bersama - sama dalam mengejar cita - cita sebagai seorang murabbi. Selamat datang wahai sahabat ke institut yang dimana deretan pengalaman pahit dan manis akan ditempuhi..

Buat sahabat - sahabat yang merasa berat hati kerana berjauhan dengan ahli keluarga.. bersabarlah.. sesungguhnya burung meninggalkan sarang dan keluar mencari rezekinya dan biawak pula merayap keluar dari lubangnya untuk mencari makanannya.. Maka kita manusia perlu bertebaran dibumi Allah ini untuk mencari ilmu..

Semoga langkah kita bermula dengan cita - cita.. kerana cita - cita merupakan hati yang berkobar, jiwa yang perindu dan harapan yang jauh, sesiapa yang dikurniakan cita - cita maka dia akan berjalan dengannya.. Kata ahli hikmah: Manusia hidup dengan cita - citanya bukan dengan harta bendanya..

Sahabat - sahabat.. inilah masanya dimana kita perlu belajar untuk berlumba sesama kita.. dan bermaafan pada malam harinya.. Jalan yang jauhnya satu batu ditempuh dengan satu langkah, dan ketahuilah bahawa kura - kura mengalahkan serigala, kerana ia sampai atas kelambatan perjalanannya.. sedangkan serigala berpegang pada kelajuan perjalanannya lalu berhenti mencari kambing. Sama juga seperti kita.. jika kita berpegang hanya pada kelebihan kita maka kita akan berhenti kerana terlalu yakin pada kelebihan diri..

Bersamalah kita saling ingat mengingatkan dalam perjalanan mengumpul bekalan sepanjang perjalanan.. Semoga sahabat - sahabat dapat membiasakan diri dengan persekitaran dan dipermudahkan segala urusan.. InsyaAllah..

No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates