Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Monday, August 29, 2011

:: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ::


Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian.. nukilan ini ditulis pada malam 1 Syawal 1432 H.. Pada saat ini, sesalan tidak berguna lagi.. kerana Ramadhan sudahpun meninggalkan kita.. Namun, ini bukan satu titik noktah bahawa segala ibadah wajib dan sunat yang telah kita lakukan harus dihentikan.. bahkan ini merupakan saat kita harus teruskan dan tetap istiqamah dalam setiap amal ibadah kita.. Semoga perginya Ramadhan yang mulia ini membawa pergi segala dosa - dosa kecil dan besar yang telah kita perbuat.. dan meninggalkan keberkatannya bersama kita agar dapat mengiringi langkah bertemu Ramadhan yang akan datang.. Dan dengan mulianya Ramadhan ini.. Allah memberikan keberkatan ke atas setiap nafas, rezeki, ilmu, keluarga, tenaga untuk beribadah serta iman yang berada di hati..
Berkatalah Ramadhan…..
“Kamu semua, kaum muslimin dan muslimah telah menunggu kedatanganku, Bulan Ramadhan
Kamu semua, telah menyambutku dengan bisikan-bisikan zikir,bersujud dahimu ke bumi, tidak kira siang dan malam menangisi dosa-dosamu dan mengisi penuh harapan memohonrestu dan keampunan kepada Allah Rabul Jalil..
Kamu semua telah bertekun melipatkan amal jariah dan kebajikan untuk merebut peluang menambah saham sebagaimana di janji Allah SWT…
Dan kini aku, Ramadhan, kian meninggalkan kamu…Untuk memberi laluan kepada Syawal….
Ingatlah…Ramadhan telah mengajar kamu bersederhana dalam makanan dan minuman serta segala perbelanjaan
Janganlah…Syawal menjadi pembuka nafsu selera dengan berlebih-lebihan dan membazirkan
Ingatlah…Ramadhan telah mengajak kamu mendirikan solat-solat fardhu dan sunat
Janganlah…Syawal menjadi titik noktah untuk meneruskan segala ibadah
Ingatlah…Ramadhan telah mensucikan jiwa kamu untuk membuat kebajikan dan amal jariah
Janganlah…Syawal menjadi penghalang untuk menghulurkan bantuan
Ingatlah…Ramadhan telah membasahkan lidah-lidah kamu dengan bertasbih, bertahmid dan berzikir
Janganlah…Syawal mengeringkan lidah-lidah dengan kata-kata yang jahat
Ingatlah…Ramadhan telah mendidikkan akhlak kamu agar lebih mulia
Janganlah…Syawal menukarkan akhlak kamu dengan segala sifat yang menjijikkan
Ingatlah…Ramadhan telah datang untuk mengubah diri kita agar lebih mendekati Allah SWT
Janganlah…Syawal membawa kita jauh daripada Allah SWT…Semoga kita menjadi insan seperti baru lahir ke dunia agar dapat membina cara hidup yang lebih baik selepas Ramadhan ini.

2 comments:

merahitujambu said...

SALAM SYAWAL...MOOD BERAYA LAGI KE

merahitujambu said...

jom buat ke untuk saya

http://merahitujambu.blogspot.com/2011/09/saya-nak-buat-kek-untuk-merahitujambu.html

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates