Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Wednesday, October 5, 2011

:: IMAN BERTAMBAH DAN BERKURANG ::



Assalamualaikum sahabat-sahabat..^^
Sudah lama kita tidak bersua kan? apa khabar imanmu? mudah-mudahan sentiasa bertambah keimanan kita kepada Allah..amin...




الإِيْمِانُ يَزْدَادُ وَ يَنْقُصُ
“Iman itu bertambah dan berkurang.”




“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal .” (surah al-Anfaal:2)




sahabat-sahabat yang dikasihi, kita semua mengimpikan untuk menjadi hamba Allah yang beriman. Namun, apa yang telah kita lakukan untuk mencapai 'title' tersebut? Pernah tak dalam sehari tu, kita fikir setiap perbuatan yang kita lakukan, boleh meningkatkan keimanan kita kepada Allah atau sebaliknya? Tepuk dada tanya iman.

sahabat-sahabat, ingatlah..kita hanya manusia biasa..kadang-kadang tak sedar diri melakukan dosa. Jadi, sama-sama la kita muhasabah, di mana tahap keimanan kita...




“Apakah faktor bertambah dan berkurangnnya iman?,”
tanya orang ramai kepada ‘Umair bin Habib bin Hamasyah rahimahullah setelah mana beliau mengatakan bahawa iman itu menerima penambahan dan pengurangan.
Jawabnya: “Bilamana kita mengingati Tuhan kita dan rasa takut kepadaNya, maka bertambahlah iman dan apabila kita bersikap lalai, melupakan Tuhan dan mensia-siakan perintah dan laranganNya, maka berkuranganlah iman.” (Al-Iman oleh Ibn Abi Syaibah)







Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang sentiasa berusaha meningkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T...amin...insyaAllah...=)



1 comment:

Ummu Khaulah said...

Ya, iman naik dan turun memang lumrah bagi orang awam... Hati kita juga perlu dijaga. Kerana hati itu bagaikan RAJA. Mari cuci hati kita bersih-bersih supaya bersinar terang. Barakallahufik :)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates