Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Wednesday, October 5, 2011

:: USRAH KUBRA ::



Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah..=)

Cuba kita tanya hati... rindukan pengisian? rindukan majlis ilmu? Jom, sama-sama kita hadiri USRAH KUBRA..satu perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh Ustaz Hairul Azam..bertempat di Surau As-Shafie pada 5/10/2011 selepas solat Isyak...kita pakat solat maghrib dan isyak berjemaah ye! Rindu untuk bertemu sahabat-sahabat ^^




Semoga sedikit masa yang kita luangkan untuk majlis ilmu ni, membawa seribu keberkatan kepada kita semua..






Di sini, suka untuk saya berkongsi petikan dari sebuah blog...


*Di majlis ilmu seperti di masjid adalah menjadi tempat persinggahan
para malaikat. Malaikat ini akan mendoakan para jemaah yang duduk dalam majlis ilmu itu. Alangkah bertuahnya kita bila mana mendapat doa daripada para malaikat yang sentiasa taat kepada perintah Allah SWT.




Jika kita menuntut ilmu agama atau apa sahaja ilmu yang bermanafaat
adalah satu pekerjaan yang mulia dan mereka yang berilmu akan diangkat darjatnya di sisi Allah.
Untuk lebih jelas lagi kita renung maksud hadis
yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a,
Rasullullah SAW bersabda, 'Siapa yang ingin melihat oran
g dimerdekakan Allah daripada neraka,
maka lihatlah para murid (pelajar agama)
maka demi Allah yang jiwa Muhammad SAW di tangan-Nya,
tiada seorang pelajar yang berulang-alik ke pintu orang alim
melainkan Allah menulis untuknya bagi tiap huruf yang dipelajari
dan setiap langkah sama dengan ibadah satu tahun,
dan untuk setiap langkah satu kota di syurga
dan tiap ia berjalan dimintakan ampun oleh bumi
dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya,
dan disaksikan oleh malaikat, bahkan mereka berkata:
"Mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari api neraka."



Jadi, apa lagi? jom pakat pergi ye! (",






No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates