Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Wednesday, October 5, 2011

:: PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL ::



" Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu..jika hilang agama yang ada dalam dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu"..

" Bukankah cinta itu indah? Cinta adalah sebahagian daripada kehidupan..tetapi apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada penciptanya belum tercapai.."





*ISTIMEWA BUAT REMAJAKU SAYANG YANG BELUM BERUMAH TANGGA...

Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN
4 Ogos 2011

*dipetik dalam blog Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin


Bersama Memahami Konsep Cinta


dalam forum : Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.





PASANGAN BAHAGIA:

DR. FARHAN HADI BIN MOHD TAIB
&
USTAZAH FATIMAH SYARHA BINTI MOHD NOORDIN

.::PROGRAM TERAKHIR BIAGA 2011::.

F O R U M : PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL
HARI: SELASA
TARIKH: 18 OKTOBER 2011
MASA: 9.00 MALAM - 11.00 MALAM
TEMPAT: DI DEWAN DARUL MAKMUR, IPTAA KUALA LIPIS.



PANELIS:


DR. FARHAN HADI BIN MOHD TAIB (Novelis: Denyut Kasih Medik)

USTAZAH FATIMAH SYARHA BINTI MOHD NOORDIN
(Novelis: Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul)




jangan lepaskan peluang!! Peluang ni hanya sekali, kalau tak..kita yang rugi..^^


No comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates